Siapakah Dia ??
Dajjal
adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apapun makhluk
lain selain sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin"
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi
ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga
halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal,
ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan
Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al
Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa
Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam
penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui
dgn jelas.
Sifat
Badannya:
Hadis
Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang
buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga
danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis
Sahih Muslim)
Seorang yg
kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya
yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan
ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua
tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat
Tinggalnya Sekarang:
Menurut
riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau
danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat
hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca
terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah
ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur
bukan di Barat.
Berapa lama
ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan
hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari
sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami
bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg
pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga
seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah
sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw!
Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira
jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh
pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga
habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan
sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah
Dajjal:
Dajjal telah
diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah
memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan
Dajjal ialah:
1. Segala
kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh
Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama
hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org
ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada
diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal
ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh
org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi
menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan." H.R IbnuMajah
2. Ada
bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara
ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan
juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk
menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg
kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan
perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan
yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"… Kami
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi
ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan
"Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang." H.R Muslim
Namun
demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan
Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga
akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
0 komentar:
Posting Komentar